Thursday, September 29, 2016

Mat Rodi

Sejak Mat Rodi buat kerja part time runner. Selalulah dia pulang lewat ke rumah.
Tugas sebagai runner membawa dia ke seluruh cerok-cerok Pulau Mutiara yang dia sendiri belum sampai.

Mujur ada waze, gps dan orang-orang awam yang baik hati memberi jawapan pabila dia sesat mencari alamat penghantaran.

Setiap malam sebelum balik dia akan lalu depan workshop motorsikal Uncle Yeoh. Lalu sambil bunyikan hon dua tiga kali. Uncle Yeoh cuma angkat tangan tanda membalas sapaan Mat Rodi.
Ada satu malam Mat Rodi lalu depan workshop, Uncle Yeoh sedang rehat rehat sambil hisap rokok.
Mat Rodi pon bunyikan hon dua tiga kali. Uncle Yeoh pandang Mat Rodi sampai hilang dari pandangan.

Esok malam Mat Rodi singgah workshop Uncle Yeoh. Cadang mahu tukar tayar motorsikalnya yang semakin haus.

Sampai di kedai, Uncle Yeoh tanya pada Mat Rodi. "Semalam you carry mana punya amoi?"
"Mana ada Uncle" Mat Rodi menidakkan.

Uncle Yeoh senyum, sambil teruskan kerja-kerja tukar tayar.

Mat Rodi pon senyum, dia fikir Uncle Yeoh cuba berseloroh. Cuma dia tak tahu, setiap malam dia tidak pulang berseorangan.

Wednesday, July 8, 2015

Bangsat

Kadang-kadang, kena jadi bangsat.. bukan selalu.. kadang-kadang..

Wednesday, April 22, 2015

St. Nicholas

Nasib baik aku hantaq depa ni pi St Nicholas (Penang), kalau kena hantaq pi Taman Medan, mampoih aku kena belasah. Paling kurang depa buat report polis, kata aku pengkhianat. Getus hati kecil pemandu prebet sapu itu.

Sakit kaki

"Satu hari aku akan mampoih bukan pasai sakit kaki, tapi pasai dok telan ubat tahan sakit berkali-kali" bebai satu lelaki obese berlesung pipit di kubikel kerja beliau.

Saturday, November 15, 2014

Ujikaji

Bila kau tahu kau sekadar bahan uji kaji..
Kecewa bukan kepalang..


Hilang

Kamu bukan milik aku..
Tapi aku takut kehilangan kamu.

Monday, July 21, 2014

Saat

Saat mata kita bertentang,
Hati ini bergetar kencang,
Satu hari kau kan hilang,
Aku kan kecundang...
Kecundang dari puncak rindu itu .