Thursday, October 10, 2013

Makan Malam

Nafsu mengada buat hal lagi.
Dipilih bun enam inci panjang berintikan tandori dan sesayur hijau.
Nah! pagi ini dua bungkus nasi lemak dan 5 biji popia jadi mangsa.
Legaaaa...

Tuesday, October 8, 2013

Lapar

Perut lapar, tak lalu nak kedaghah.
Ingat pada isi rumah.
Yang dok tunggu lemah...

Thursday, August 1, 2013

Aman

Moga aman di Syria, Mesir, Palestine dan...
tidak lupa juga Malaysia tercinta.

Tuesday, June 11, 2013

Istana Kedah

Aku dan rakan-rakan sekampung kerap ke Istana Kedah yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang untuk memancing. Ayah kepada seorang rakan bertugas di situ sebagai penjaga, jadi memudahkan kami untuk tumpang memancing dengan syarat tidak membuat bising & menjaga kebersihan.

Suatu hari, selepas Maghrib aku dan rakan pergi memancing di sana. Ikan gelama, duri & semilang menjadi mangsa mata kail kami. Pada jam 11 malam, rakan aku menunjukkan bebola api terbang melintasi rumah agam yang terletak sebelah Istana Kedah yang kini Wawasan Open Universiti.

Kaki aku dah menggigil, rakan pula dengan selamba menerangkan bahawa itu tahi bintang, yang mana apinya sangat kuat sehingga bewarna kebiru-biruan. "Taik bintang hotak hang" bentak hati aku. Aku mengajak beliau pulang dengan alasan mahu pergi makan nasi kandar.

Belum sempat motosikal keluar meninggalkan kawasan Istana Kedah, beliau bertanya "Hang tau ka apa yang kita nampak tadi? ". Aku hanya jawab "Tau..." "Pelaq betoi dia ni... " bentak hati aku lagi.

Tuesday, February 5, 2013

Apom Polkadot

Januari 2012

Adi Buger : Hello, Kak Peah ada?

Kak Peah : Yaaa.. Kak Peah cakap...

Adi Burger : Saya nak order apom polkadot untuk majlis kenduri kahwin saya...

Kak Peah : Ooo.. Berapa biji dan bila nak?

Adi Burger : Saya nak 1200 biji, kenduri saya bulan Mac 2015..

Kak Peah : Ok 1200 biji, apadia kenduri bulan Mac 2015...

Adi Burger : Ya kak...

Kak Peah : Tut..... (Letak handphone)

Adi Burger : Hello.. hello.. hello kak...