Tuesday, June 11, 2013

Istana Kedah

Aku dan rakan-rakan sekampung kerap ke Istana Kedah yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang untuk memancing. Ayah kepada seorang rakan bertugas di situ sebagai penjaga, jadi memudahkan kami untuk tumpang memancing dengan syarat tidak membuat bising & menjaga kebersihan.

Suatu hari, selepas Maghrib aku dan rakan pergi memancing di sana. Ikan gelama, duri & semilang menjadi mangsa mata kail kami. Pada jam 11 malam, rakan aku menunjukkan bebola api terbang melintasi rumah agam yang terletak sebelah Istana Kedah yang kini Wawasan Open Universiti.

Kaki aku dah menggigil, rakan pula dengan selamba menerangkan bahawa itu tahi bintang, yang mana apinya sangat kuat sehingga bewarna kebiru-biruan. "Taik bintang hotak hang" bentak hati aku. Aku mengajak beliau pulang dengan alasan mahu pergi makan nasi kandar.

Belum sempat motosikal keluar meninggalkan kawasan Istana Kedah, beliau bertanya "Hang tau ka apa yang kita nampak tadi? ". Aku hanya jawab "Tau..." "Pelaq betoi dia ni... " bentak hati aku lagi.