Tuesday, April 15, 2014

Di General Hospital

Malam tu Genjo dah tak boleh tahan sakit dua biji bisul yang naik di bawah paha beliau.

Abang Ngah ajak Genjo ke General Hospital (GH) untuk dapatkan rawatan. Sampai GH Genjo diminta untuk tinggal di wad. Esok doktor nak buat mini operation.

Sebelum Abang Ngah balik, Genjo mintak bantuan Abang Ngah untuk bawa beliau ke tandas. Sementara tunggu Genjo qada hajat, Abang Ngah tunggu depan sinki yang ada cermin. Ternampak bayang Uncle China melangkah perlahan untuk ke tandas. Bila toleh tak ada pulak.

Lepas Genjo selesai terus Abang Ngah cepat-cepat tolak kerusi roda beliau ke katil.

Tuesday, March 11, 2014

MH 370

Di Pulau Pinang panasnya membakar,
Di KLIA hujan air mata terus mencurah,
Begitu juga katanya di Beijing!

Tuesday, March 4, 2014

JKM 3.3.2014 Isnin

"Kad belum siap lagi Encik, call balik lagi dua minggu" ujar petugas yang bersuara lunak itu.

Thursday, October 10, 2013

Makan Malam

Nafsu mengada buat hal lagi.
Dipilih bun enam inci panjang berintikan tandori dan sesayur hijau.
Nah! pagi ini dua bungkus nasi lemak dan 5 biji popia jadi mangsa.
Legaaaa...

Tuesday, October 8, 2013

Lapar

Perut lapar, tak lalu nak kedaghah.
Ingat pada isi rumah.
Yang dok tunggu lemah...

Thursday, August 1, 2013

Aman

Moga aman di Syria, Mesir, Palestine dan...
tidak lupa juga Malaysia tercinta.

Tuesday, June 11, 2013

Istana Kedah

Aku dan rakan-rakan sekampung kerap ke Istana Kedah yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang untuk memancing. Ayah kepada seorang rakan bertugas di situ sebagai penjaga, jadi memudahkan kami untuk tumpang memancing dengan syarat tidak membuat bising & menjaga kebersihan.

Suatu hari, selepas Maghrib aku dan rakan pergi memancing di sana. Ikan gelama, duri & semilang menjadi mangsa mata kail kami. Pada jam 11 malam, rakan aku menunjukkan bebola api terbang melintasi rumah agam yang terletak sebelah Istana Kedah yang kini Wawasan Open Universiti.

Kaki aku dah menggigil, rakan pula dengan selamba menerangkan bahawa itu tahi bintang, yang mana apinya sangat kuat sehingga bewarna kebiru-biruan. "Taik bintang hotak hang" bentak hati aku. Aku mengajak beliau pulang dengan alasan mahu pergi makan nasi kandar.

Belum sempat motosikal keluar meninggalkan kawasan Istana Kedah, beliau bertanya "Hang tau ka apa yang kita nampak tadi? ". Aku hanya jawab "Tau..." "Pelaq betoi dia ni... " bentak hati aku lagi.